Sesekali nak merasa makanan Korea. Lebih pula kawan kita Puan Melor MHodari ada mengusahakan Kimchi yang sama sungguh dengan kimchi di sana.
Jadi, hari ini abang nak kongsi betapa mudahnya nak buat nasi goreng kimchi. Ianya pedas, menyelerakan dan pastinya sihat. Hihihi. Dalam masakan kali ini, yang tak ada ialah Sos Gochujang. Huhu terlupa nak beli. Ada jual di pasaraya. Oh, pastikan ada logo halal!
Nasi Goreng Kimchi.
Bahan-bahannya ialah:
2 mangkuk nasi.
1 senduk kimchi – Kimchi KakLo saya guna yang SuperHot.
Sedikit minyak untuk menumis.
Secubit bijan
2 tangkai daun kucai.
Caranya tengok di gambarlah ya.

Ambil 2 cawan nasi dan buh dalam pinggan lawa. Kan nak ambil gambar.

Kemudian, kau ambil gambar kimchi dulu. Jika kau nak order. Kau boleh Pm puan Melor MHodari atau hubungi terus 012 725 0533 ya.

Lepas itu, kau bubuh dalam besen berjaring untuk asingkan kimchi dengan airnya. Tak buang airnya tahu, hanya asingkan sahaja.

Lepas itu kau gunting supaya ia jadi sedikit kecil. Macam potong sayurlah.

Panaskan sedikit minyak. Jika ada minyak bijan lagi bagus.

Tumis kimchi sampai naik bau.

Kemudian masukkan nasi. Kacau rata.

Sudah rata, masukkan air kimchi tadi. Dikatakan apabila memasukkan sos secara berasingan, akan menyedapkan lagi nasi goreng. Entahlah. Oh ya, kalau kau ada sos gochujang, atau nak buh kicap, masa ini sesuai.
Lagi satu, tak perlu dah letak garam bagai. Dah masin dah kimchi itu ya.

Siap!

Lepas itukah gunting daun kucai dan taburkan bijan. Kahkah. Tak jumpa bijan kau humban sahaja cia seed. Depa bukan tahu pun. Janji lawa.
Oh ya, ia sedap! Selamat mencuba. Kalau suka, kau kongsilah.
