Level Kita Berfikir Tak Sama

Umur 45 tahun baru betul-betul faham ayat ini, Imam Syafie berkata: “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. Imam Syafie berkata : “ Apabila orang -orang bodoh mengajak berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik adalah diam”.

Sebelum ini saya fikir ia benar tenang kebodohan seseorang. Rupanya semalam saya dapat ilmu baru, ia adalah cara kita berfikir. Level kita berfikir tak sama.

Usahawan yang dah pernah capai jualan RM1juta sebulan, beza cara dia berfikir dengan usahawan yang sekadar nak jana RM1,000 sebulan. Yang RM1juta itu sentiasa cari jalan dalam bentuk sistem supaya bisnesnya berkembang. Yang RM1,000 pula sentiasa bangun pagi sekadar nak jual apa yang dia boleh buat hari itu. Mereka berdua ini jika berjumpa dan bersembang, ia bukan tentang siapa yang bodoh, ia tentang takkan sama cara berfikir. Jika yang sejuta itu cerita bagaimana dia buat, dia ajar tapi yang 1k itu tak nampak, dia akan melawan dan akan kerap beralasan. Sana sini tak boleh, sana sini tak nampak jalan. Itulah perkaranya.

Sama juga dengan dunia apapun, contoh dunia politik. Ada kawan yang bercakap pasal polisi, penstrukturan pendidikan, konsistensi kerajaan dalam membina fasiliti dan memudahkan rakyat, berbeza dengan seorang ini yang tak habis-habis mencerca, menghina peribadi sana sini. Ia adalah cara berfikir berbeza. Bukannya bodoh piang.

Dalam keluarga, kawan, semua ada. Usahawan nak bercakap buat duit dengan kakitangan kerajaan yang dah kerja 30 tahun. Saling keduanya tak memahami. Maka boleh jadi ketidak fahaman itu menjadikan saling masam muka apabila mula ada salah faham. Ia hanya tentang cara berfikir berbeza aja.

Orang travel dan tak keluar negeri sendiri pun. Beza.

Orang pakai kereta konti dengan kereta Jepun, beza.

Orang suka tonton bola dengan tak tonton, beza.

Orang banyak baca buku dengan tak membaca, beza.

Orang banyak jumpa orang yang membina diri dengan orang melepak main dam aji, beza.

Orang banyak pergi sesi networking dengan orang duk sesaja di pejabat, beza.

Orang suka aktiviti mencabar dengan orang yang suka shopping, beza.

Ia adalah cara berfikir itu berbeza. Jadi apabila berbalah, 2-2 tak nak kalah. Maka yang nampak, yang bijak, yang faham isi perselisihan itu akan diam dan berundur, sebab dia tahu dia sedang bercakap dengan orang yang tak nampak, yang tak faham dan yang takkan terbuka menerima apapun kebijaksanaan orang lain kerana dia memang-memang tak akan nampak.

Sebab dia berbeza cara dia berfikir. Ingat tak ada seorang pensyarah dulu pernah viral tentang dia cakap dia tak tahan dengan cara orang B40 berfikir? Aha, ia adalah tentang cara berfikir. Bukannya orang B40 itu bodoh atau apa, tidak. Maka nak keluar dari kepompong berfikir dengan terhad, kena:

travel

baca buku

jumpa orang betul

masuk kelas yang betul

circle betul

cabar diri

buat aktiviti yang melawan rasa takut

serta berbagai lagi benda lain.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

ilmu baharu. Alhamdulillahhhh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *