Terima Kasih Kerana Sindir Saya

Masa saya kerja kilang dulu, saya dah mula aktif bermain media sosial. Awal pagi buat posting, tinggalkan sekejap. Rehat 10 pagi, menggagau balas komen. Rehat tengah hari, buat lagi posting, rehat petang, menggagau sekali lagi balas komen. Petang, hantar brownies, malam siapkan lagi konten edit sana sini.

Hujung minggu saya dan orang rumah akan memasak dan ambil gambar. Waktu yang sama masih ambil gambar orang kahwin. Jurugambar sana sini. Kadang dijemput kasi talk dalam dunia fotografi, konten dan marketing.

Sampai lupa hari apa. Normal dah sampailah sekarang.

Dulu di kilang, apa aja tak kena sindir.

“kerja jelah, sosial media ni takda apa, hiburan je”

“Kenapa tak fokus kerja, kan dah ada gaji”

“Kenapa tak yakin ke kerja ni boleh hidup jugak?”

“berkat ke kau main media sosial sambil kerja”

Bab berkat paling menggegar hati. Padahal kita berusaha benar tak main pun masa waktu kerja. Kerja adalah kerja.

Dalam meeting kena sindir.

Nak ke kantin kena sindir.

Pergi toilet terserempak bos pun kena sindir.

Dalam taklimat besar-besar pun kena sindir.

Hangpa fikir apa saya buat? Nangis? Sedih? Kecewa?

Haha langsung tak. Saya kemam aja. Hahaha, saya letak dalam diri saya, saya kena buat lagi power, sampai satu hari mereka tahu mereka salah. Kalau saya betul, Allah akan bantu saya, kalau saya salah, maka saya akan kerjalah di situ dan telan semua sindiran tersebut.

Alhamdulillah, dalam setahun 100,000 follower dan pendapatan saya 6-7 kali ganda dari gaji saya dapat waktu itu.

Yang menyindir ajak jumpa nak belajar.

Yang begitu begini pujuk jangan berhenti (waktu itu)

Yang itu yang ini dulunya cakap-cakap belakang, kini diam alhamdulillah.

Saya buat posting ini sebab nak ucap terima kasih kerana sindir saya,

apabila fikir semula kalau sebab tak kena sindir, entah saya duk di tempat sama.

Tapi sebab kena sindir, saya buat lagi baik hahaha

boleh gitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *