Category

Kehidupan

Ada Yang Tanya Penat Ke Tak

“Abah, ni nak terbang semula dah ni.” “Eh kan baru sampai pagi tadi.” “Ha ah, dah kena kerja, kenalah pergi.” “Elok-eloklah.” Setiap kali sebelum terbang mengembara, adalah sekali dua terlepas telefon emak abah. Itupun sebenarnya sebab dah lewat malam sangat. Saya jenis tak kasi tahu awal. Diam-diam aja, sampai dah nak terbang baru kasitau. Semalam,…

Tak Semua Orang Jahat, Tak Semua Juga Orang Baik

Tengah hari tadi berkejar ke pejabat pos. Panas bedenting memecut siput gondang di jalan raya. Masuk sahaja ke dalam perut pejabat pos, saya mengambil borang pos laju dan terus menulis nama dan alamat penerima serta pengirim. Kemudian, terus ambil nombor. Allah, ada lagi enam orang. Saya berjalan lemah dan berdiri di bahagian belakang. Kedengaran dua…

Bapak Tanya Kau Apa Khabar

Ya kau lagi pandai. Sudah 3 tahun di Universiti, tidak tambah 5 tahun di sekolah menengah, 6 tahun sekolah rendah. Kamu berjaya setiap peperiksaan. Kau hebat. Kaulah punya pengalaman hebat, di universiti kau diangkat-angkat, Kau punya kawan-kawan yang mantap, melekat bagai belangkas ke sana sini. Bila balik, kau lupa makan, Emak tunggu engkau dari pagi…

Sifir Mudah Tuhan dalam Hal-Hal Rezeki

Jika kalian perasan, mana-mana individu yang punya pengikut di laman sosial merupakan mereka yang ketengahkan minat dan bakatnya berbanding kehidupan peribadinya. Untuk mendapatkan pengaruh, kalian tulis apa yang kalian suka dengan syarat ia ditulis dengan pecahan 95% sebagai perkara umum (ilmu) dan 5% sebagai pendapat dalam kehidupan kalian. Contoh, saya tulis resipi yang mana 95%…

Baru Belajar Hidup Dunia Nyata

Saat kita baru sahaja berkahwin, berbagai rasa keseronokan yang kita alami. Kita juga turut berkongsi keseronokan itu kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara. Mereka juga turut berkongsi keindahan pertukaran dunia bujang kepada dunia perkahwinan ke merata-rata. Semua seronok dan berbahagia. Tetapi nilai seronok itu bukan semuanya boleh dikongsi semua orang. Ada antaranya hanya suami dan…

Orang Yang Bahagia

Dulu saya ada perangai sama ja dengan kalian. Orang yang saya tak suka, saya unfriend, pasti saya nak tengok semula wallnya. Manalah tahu kot dia ada kutuk saya. Hahaha. Namun selepas pulang dari Lubnan, Syria dan Turki pada januari lalu, saya ubah semuanya. Ada sesuatu yang berlaku buat saya berfikir panjang. Jangan tanya apa dia.…

Rezeki Tu Hak Allah

Sedang berjalan segak keluar dari ruang solat, saya dilambai seorang makcik tua yang sedang duduk di tangga masjid. ‘Dik, nak beli kerepek? Habiskan sahajalah. Makcik jual RM18, biasanya RM20.’ Dengan wajah manis dan penuh senyum, beliau menghulur kerepek sambil sebelah lagi tangannya mengurut kaki. Saya kemudian duduk di sebelahnya, buat-buat mahu memakai stokin. Sebenarnya dari…

Sekolah Paling Hebat Dalam Hidup Saya

Zaman saya ambil UPSR dulu, balik sahaja ke rumah emak tak tanya pun boleh jawab ke tak. Emak hanya sedia makanan yang sedap-sedap. Abah pula hanya kisahkan emosi saya ok ke tak. Semua relaks dan kool sahaja walau abah saya itu Guru Besar. Tak pernah tanya boleh jawab ke tak, susah ke senang soalan. Jika…

Hidayah itu Milik Tuhan

Siang tadi mendengar perbualan beberapa orang pakcik di kedai makan. Ada sedikit bunyi tegang. Di satu pihak tidak gemar dengan penghormatan kepada mangsa MH17. Yang tidak gemar itu ialah melihat barisan pramugari masih tidak menutup aurat dengan baik walaupun berhadapan dengan mangsa yang telah meninggal dunia. Saya suka poin pakcik seorang lagi, Kita hidup ini…

Abah Ajar Dengan Tindakan

Saya tak reti nak bermadah pujangga pasal ibu bapa. Yang saya tahu, buat baik jelah. Kita dah banyak menyusahkan. Saya tahu apabila saya jadi bapa. Susah weh nak besarkan anak-anak. Benar itu tanggungjawab, tapi nak cerita ia bukan hal mudah. Tadi ada seorang menjual pen, marker pen dan tisu di meja kami. Abah kata mahal.…