Gagal Dapat Projek Syarikat Mega

Baru-baru ini saya beranikan diri masuk ke projek syarikat mega. Hantar aja kertas kerja. “Tender” tersebut untuk jaga konten media sosial sekitar RM1.35juta setahun. Ada berbagai game perlu dibuat dengan berbagai persediaan. Logiknya saya dan team macam belum mampu. Tapi entah, nak cuba.

Saya siapkan proposal demi proposal. Hantar, reject, kena repair. Hantar lagi, reject, kena repair lagi. Bagusnya pegawai mereka ini untuk pitching (perbentangan) pun mereka semak semuanya satu demi satu.

Saya kira proposal saya ditendang lebih 10 kali haha. Baikilah setiap hari, pecah kepala nak begitu nak begini. Hinggalah pegawainya kata semua dah ok barulah saya masuk dalam senarai pendek untuk dibawa ke meja perbentangan bersama top-top management.

Sampailah ke hari pitching, debarnya tak habis.

Masuk dalam bilik, saya guna laptop saya. Pasang HDMI, dan terus aja saya pancarkan.

ada 5 orang gais. Semua berbangsa cina. Saya terus aja buat perbentangan dalam bahasa melayu, mereka tak potong langsung apa saya cakap. Adalah dalam 15 minit, saya pun selesai dan diminta duduk.

Mereka berbisik-bisik kemudian mulalah sesi soalan.

Ada saya boleh jawab, ada yang tak. Yang tak, saya terus terang ajalah, tak payah nak sembang beriya hahaha kang tak boleh buat baru kau tau langit tinggi ke rendah.

Mereka beritahu, mereka dah semak akaun saya lebih awal. Semua akaun socmed saya diteliti dengan gila-gila rupanya. Mereka kata saya buat apa saya cakap dan mereka terinspirasi dengan saya bab saya usaha bayar hutang.

Saya pun balik.

Pagi ini saya diberitahu saya tak dapat masuk ke sesi ke-2 kerana saya kurang satu sahaja element iaitu saya perlu bangunkan konten dengan dwi bahasa. Kalau itu saya ada, maka saya kemungkinan masuk dalam senarai pendek sekali lagi untuk saya bertanding siapa akan berjaya dapat tender tersebut.

Saya kata saya ok aja, officer itu ucap terima kasih dan beliau jemput untuk saya ke pejabatnya lagi. Kerana mereka nak tawarkan projek yang kecil-kecil untuk saya. Kira macam review atau pegang beberapa brand.

Saya bersyukur sangat-sangat.

Masa konon siapkan kertas kerja ni, saya duk berangan dah, dapat je job ni memang nak settlekan semua hutang terus hahaha. Sekali belum lagi rupanyaaaaaa.

Tak apalah Khairul, pengalaman ini pun 1 dalam sejuta orang. Saya bersyukur amat. Paling best, salah seorang dari 5 orang itu ialah orang yang saya kenali. Walau dia tak cakap sepatah pun, saya happy dapat tengok muka dia. Power gila bos besar sendiri turun untuk kasi projek ke syarikat luar bagi menjaga konten / marketing media sosial.

Alhamdulillah.

Saya kira ini tetap kejayaan kecil saya. Walau gagal dapatkan job ini, ini kira satu tangga yang saya kena kongsi semoga kalian juga rasa “besar” walau kita ini semuanya kecil-kecil aja. Wajar untuk rasa diri sedikit besar untuk kita yakin kita akan dapat itu ini. Allah maha kaya, minta, usaha, bersungguh. Dapat ke dak, belakang kira, rezeki tetap mutlak dari Allah. Pengalaman ini pun satu rezeki besar. Alhamdulillah.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Terima kasih Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *