Tahun 2026, kami mulakan dengan pitching job RM1.5juta. Kami diterima sebagai vendor alhamdulillah. Tiba-tiba semasa mesyuarat rasa tak sedap hati. Bincang semula, mengaku tak mampu buat, takut tak boleh deliver dan berusaha rekemen kepada kawan yang mampu. Walau dalam meeting jadi tak best, dipersoal kenapa masuk pitching kalau dah tak mampu bagai.
Saya mohon maaf sangat. Tapi mereka sangat professional dan terima cadangan saya.
Dia dijemput dan pergi present semalam, baru je ni dia mesej dan dia cakap:
“Terima kasih KH, aku sendiri tak pernah terfikir nak dapat job ni. Diorang cakap sebab kau rekemen, kami tak payah pitching macam kau, kira kami diterima aja untuk buat job ni. Kami dah tenggelam sebenarnya. Masuk bulan ke-2 tak boleh bayar gaji. Terima kasih KH, nanti kita jumpa dan sembang, alhamdulillah.”
Begitulah hidup kita,
Menangis tak mampu buat,
Rupanya itu boleh beri gembira,
Boleh beri ketawa.
Itulah kehidupan.
Alhamdulillah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bangkit lagi.
Buat lagi.
Usaha lagi.
