Vadai Resipi Original Emak.

Untuk resipi ini, cari jenis kacang dhal yang sedikit besar, namanya ialah Kadalai Paruppu. Itu yang emak katakan lebih sedap dan sesuai digunakan untuk membuat vadai. Baiklah, berikut adalah resipinya.

Bahan-bahannya ialah:

500gm Kacang Dhal (Kadalai Paruppu) – Rendam sekurang-kurangnya satu jam.

2 biji cili hijau

1 biji bawang besar India

2 tangkai daun kari

1/2 sudu kecil garam halus

Cara-caranya ialah:

Usai sahaja rendam kacang dhal, terus sahaja kisar kasar semua kacang. Kisar tidaklah terlalu halus. Sekadar boleh hancur-hancur sedikit sahaja. Kemudian cincang halus bawang besar India dan cili hijau, gaulkan sekali, selepas itu masukkan daun kari dan garam, gaul sekali lagi menggunakan tangan.

Kepal-kepalkan dan jadikannya bulat kemudian tekan menggunakan telapak tangan (ke-dua dua belah) supaya menjadi bulatan yang sedikit leper.

Goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga keperang-perangan. Siap. Jika mahu tambah pedas, boleh tambah cili kering yang dipotong-potong.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin. Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *