Kami balik dari Mentakab baru-baru ini semua tak sihat. Saya dulu demam, malamnya menggigil. Kemudian anakanda sulong, lalu si kecil Abdullah. Hari ini isteri saya pula.
Rupanya di Mentakab pun sama, emak, abah, anak-anak saudara, adik beradik semua kena demam juga. Tak tahu virus apakah yang melanda.
Jadi mengikut teori konspirasi saya, kalau kita demam kita kena pergi minum air seratus tambah. Dalam bahasa penjajah disebut 100plus.
Saya pun singgahlah tadi pergi beli lepas hantar kawan-kawan balik ke rumah. Saya letak kereta, keluar kereta, masuklah ke dalam kedai nak membeli air tersebut.
Terus menuju ke bahagian peti ais. Bersusun minuman sana sini. Terus lupa nak beli air apa. Vida pun mengancam juga. Apabila nampak 100plus, saya ambil yang zero sugar. Ala-ala diet walau berat gitulah 100kg plus plus dah macam 100plus juga hahahahahha bodola ke situ perginya. Ok sambung.
Sesudah itu rasa macam tak berbaloi turun kereta, jalan jauh-jauh 20 meter lebih kurang sekadar beli air je, saya pun tengoklah bahagian coklat. Saya beli coklat pula. Sedang asyik membelek jajan lain, saya terpandang ada 2 orang budak duk berbisik-bisik.
Saya dekatkan diri dengan depa buat-buat tengok barang atas rak tapi telinga nak dengar apa depa cakap, depa ada sebut “mama kata kalau beli yang ni tak boleh, ni haram ada babi,”
saya pun pandang. Jenis menipu adik beradik cakap ada babi kat makanan ni rupanya memang turun temurun ikut zaman ke apa. Saya pun cakap gitu ke anak-anak. Kalau depa main pilih je, saya sebut “tak boleh, ada babi!” hahahahahahaha. Terus depa tak nak makan. Hahahahahahahah
Sekian sahaja kisah malam ini. Semoga bermanfaat. Terima kasih baca sampai habis.
