Tahun 2016 saya ke Dubai. Mencari peluang. Waktu itu saya pergi kerana dijemput seseorang untuk saya bantu beliau. Orang Malaysia juga. Hangpa kena tahu ada ramai warga Malaysia yang kaya raya di sana. Tahun itu, Dubai berada dalam 10 tahun ke belakang dari segi bermain media sosial. Sangat perlahan. Maka ramai ambil peluang untuk jana pendapatan di sana bantu perniagaan di Dubai.
Kebanyakannya ya, kena pandai berbahasa arab.
Namun, yang panggil saya ini seorang anak Malaysia berbangsa cina. Beliau duduk di Dubai 4 bulan dan sudah boleh berbahasa arab. Kagum teruk saya. Waktu itu saya masih belum berhenti kerja.
Beliau hidup kaya raya di sana. Saya sempat ke rumahnya dan beliau bawa ke pejabatnya. Beliau memang direzekikan dengan kekayaan melimpah ruah. Beliau minta saya bantu. Saya masih ingat tawaran beliau, sangat lumayan.
Waktu itu, saya diminta untuk siapkan video, saya dikatakan boleh bercakap, boleh begitu boleh begini. Saya tak yakin. Pulang ke Malaysia, beliau masih hubungi saya untuk beri saya job tersebut.
Saya pi tolak. Hahahahahahahahahaha. Saya manusia yang sangat tak mesra kamera. Saya selalu tak yakin dengan suara saya, wajah saya, semua saya tak yakin. Ramai offer benda ini, sampai sekarang saya masih berlawan dengan keyakinan tersebut.
Bab menulis, saya ok. Video, arggggggghhhh.
Itulah hari ini buka balik kisah lama. Sungguh, peluang datang sekali aja. Waktu itu, saya dalam dilema sama ada nak berhenti kerja ke macam mana. Kalau berhenti, kena duk Dubai minima 6 bulan tak boleh ke luar, lepas 6 bulan baru boleh untuk dapat apa menda entah dari sudut dokumentasi perniagaan. Tapi itulah saya.
Saya tengok beliau sekarang, masih kaya raya. Walau beliau taklah membina profil sangat di media sosial, tapi sehingga sekarang beliau masih dapat job di sana. Rasa nak PM tepi tanya, walau kena belajar bahasa arab, boleh jelahhh. Hahaha, janji dapat job kheeennn.
Nak tahu nilai job yang beliau pernah tunjuk kepada saya? Tapi bukan yang beliau kasi ke saya la, yang beliau pernah dapat, USD2.2m/tahun untuk 1 syarikat. Beliau jaga sekitar 200 syarikat waktu itu. Kakitangan sekitar 80 orang waktu itu. Huhuhuhu.
Hangpa tengok bagaimana seorang berbangsa cina sanggup belajar bahasa arab demi nak dapat job. Kita, bahasa inggeris pun kelaut lagi, Saya lah tu. hahahahaha. Apapun, 9 tahun juga ya baru nak insaf. Kahkahkah, itu pun sebab lalu memori ini ha, kalau tak, tak insof-insof lagi. Haih Khairul, Khairul. Apa nak jadi tak taula, ada sesiapa nak badminton malam ni buat release stress aku ni ha haha
