Betapa Pentingnya Membina Personal Branding

Waktu tutup kilang Ogos 2022, dalam seminggu dua selepas itu saya dikejar “head hunter” untuk saya kembali bekerja makan gaji.

Gaji paling tinggi yang ditawarkan ialah RM68,000 sebulan sebagai Marketing CEO di sebuah syarikat besar di Selangor juga.

Tidak termasuk beberapa elaun.

Saya tak fikir panjang, saya tolak aja.

Saya masih fikir saya ada sekumpulan manusia yang masih percaya kami akan bangkit semula.

Beberapa kali beliau masih telefon dan bertanya. Hinggakan beberapa orang datang untuk pujuk saya sertai mereka.

Saya kekal menolak mentah-mentah.

Saya kekal percaya kepada mereka yang percaya dengan saya – 11 bersaudara.

Sehingga hari ini kami masih bersama (lihat pinned post, itulah 11 saudara tersebut).

Hari ini, hari jumaat. Pagi-pagi kami berjumpa. Saya duk ingat wajahnya tapi tak ingat nama dan di mana. Saya tanya kita pernah berjumpa ke?

Beliau jawab “tuan tak ingat ke saya yang datang pujuk tuan jadi bos marketing kat tempat kami dulu, saya dah berhenti 2023 lepas tu saya buka syarikat sendiri.”

Wakaka.

Saya tanya beliau masa 2022 tersebut kenapa dan macam mana boleh nakkan saya?

Beliau jawab “sebab tuan punya personal branding. Tuan walk the talk. Ramai yang ajar personal branding, ajar marketing, ajar konten tapi diri sendiri pun tak buat, sebab itu masa tu bos besar kami nakkan tuan,dia frust menonggeng tak dapat tuan. Sebenarnya tuan memang dapat tawaran antara gaji tertinggi pernah kami tawarkan dulu.”

Huhuhuhuhu.

Ya Rabb syukurnya. Saya fikir saya kena kongsikan kisah ini. Sekurangnya kalian tahu betapa pentingnya membina personal branding hari ini.

Bisnes kita tumbang, sekurangnya kita masih ada jalan untuk cari duit kot lain.

Bismillah!

Khairul Hakimin Muhammad.

Syukurnya alhamdulillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *