Itulah Dunia Hari Ini

Sepatutnya 20hb, kami terima bayaran sekitar RM50,000. Bolehlah bayar gaji bagai. Tapi hingga 27hb, kita tanya, tak jawab-jawab.

Beginilah dunia usahawan. Nak kata tak kena khianat, kena sokmo. Ingat Ustaz YY pernah cakap, “lagi kena tipu, lagi Allah kasi lebih, jadi jangan duk rasa sedih sangat, sedih sikit-sikit sudah, terus buat kerja, terus berusaha.”

Saya okey aja mana yang beritahu kalau payment lambat ke apa ke, mana yang diam selepas kerja dibuat, ya Tuhan. Ada yang dah siap berbulan-bulan, siap dapat hasil, kemudian depa buat sendiri lalu tak nak bayar, ada je. Haha. Kami malas nak berlawan, semua kami yakin Allah sentiasa melihat.

Januari lepas, kami siapkan kertas kerja, sebabkan pejabat semua belum ada kami menumpanglah kerja tersebut di bawah syarikat orang lain. Kemudian diam, rupanya dia sailang gitu aja projek kami. Projek itu kami yang dapatkan weh. Kami yang bersusah payah naik turun, tapi sebab dia juga ada “team” lebih kurang sama, dia pergi terus dengan guna nama saya. Iya, bayanglah pinjam nama kita weh, tau-tau dah siap kasi dah pun projeknya. Haha. terpampang wajah kita dalam proposal tersebut. Kahkahkah.

Saya tahu pun selepas sebulan, itu pun saya follow up, kemudian semua terkejut. Mereka ingat yang pergi buat kerja itu adalah team saya. Syukurlah saya ada keinginan nak bertanya, sebab hasil yang mereka duk buat sangat jauh dengan kualiti bagus kami. Itu kalau dapat waktu itu, selesai semua hutang. Ya Rabb.

Nak jadi usahawan, benda begini kena telan. Kemudian cari jalan lain. Tak boleh langsung berputus asa, tak boleh tapi. Kena berusaha.

Saya buat aja biasanya. Usaha itu, usaha ini. Idea sana sini, gegar sana sini, buat aja tanpa tapi.

Ada hasil, alhamdulillah

Kecil besar saya tak kisah, janji berhasil, kemudian akan lebih baik.

Kena khianat? Biasa.

Kena tipu? Biasa.

Rugi? Normal.

Itulah dunia usahawan. Orang makan gaji, syarikat kena tipu, dia tetap terima gaji, kami ini, tak adalah. Telan air liur aja. Tak apa, alhamdulillah.

Sekarang menggagau nak cari RM300,000 weh, kena bayar sebelum 1hb disember. Kira esoklah hari akhirnya. Sampai rasa nak cari investor untuk projek baru. Tapi risau pula tambah hutang.

Webinar itu saya berhajat nak 10,000 orang daftar, setakat ini baru 166 orang. Syukur alhamdulillah. Kalau dapat yang itu, insya-Allah settle, rupanya belum.

Apapun, Allah akan bantu. Saya yakin. Saya berusaha aja.

Kita usahawan begitulah, kena berusaha. Itu sebab jadi usahawan haha.

Semoga Allah merahmati kami semua. Dah nak balik KL semula.

Bismillah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Alor Setar, Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *