Tom Yam Madam Pum

Mana boleh kalah, abang pun nak masak juga Tom Yam Madam Pum yang sedang viral sekarang. Kahkahkah. Cuma macam biasa, kita buat cara kitalah. Ikut tekak internasional. Haha.

Kalau abang, tom yam wajib pedas, masam dan yang penting kuahnya boleh dihirup sampai licin. Jika kuahnya tak habis, itu tandanya abang kurang gemarlah itu. Hihihi.

Guna pes Madam Pum ini kena rasa juga, kerana pesnya power ya ampun. Pekat dan likat. Jadi kau kena letak sikit-sikit. Hihi. Bab nak beli dekat mana, kau tak payah risau, ada pemborong yang jual. Mari kita masak dulu ya.

Tom Yam Madam Pum (untuk 5-7 orang makan).

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong kecil,

500gm udang dibuang kepala,

500gm sotong,

3 batang serai,

2 inci lengkuas,

5 biji tomato,

1/4 kobis,

1/4 kobis bunga,

1 batang lobak merah,

2 biji bawang Holland,

17 helai daun limau purut,

7 biji perahan limau nipis

Segenggam cili padi,

2 sudu besar udang kering,

3 sudu besar pes tom yam Madam Pum,

1 sudu kecil garam,

7-9 cawan air masak.

Cara-caranya mari kita tengok gambar ya

Didihkan air dalam periuk.

Kemudian bersihkan ayam, udang dan sotong.

Juga bersihkan dan potong siap-siap sebiji bawang, tomato, lengkuas dan serai.

Apabila air dah mendidih, kau humban tomato, serai, lengkuas dan bawang Holland. 

Sambil tunggu ia kembali mendidih, kau potong semua sayur begitu. 

Masukkan sayur dan juga daun limau purut. Kacau rata

Sudah kembali mendidih, kau masukkan semua udang, sotong dan ayam. Kacau rata dan ambillah gambar menggunakan tangan kanan.

Lagi sebiji bawang Holland, kau tumbuk bersama cili padi. Aha.

Dah lumat, kau tambah udang kering dan tumbuk lagi sampai lumat

Haaa, masa dia dah berbuih dan keluar putih-putih begitu, kau buang buih putih itu, biasanya ia datang dari udang dan boleh beri rasa pahit kepada tom yam kau. 

Dah lumat? Biarkan sekejap.

Inilah dia Tom Yam Madam Pun. Power gila. Jika kau nak tempah, kau boleh sms ke:

http://www.wasap.my/601110892441
http://www.wasap.my/601110892441
http://www.wasap.my/601110892441

Atau terus ke page mereka:

Facebook.com/sayfthaishop

Ambil dalam 3 sudu besar dan masukkan dalam tom yam.

Kemudian baru kau masukkan cili yang dah ditumbuk bersama bawang dan udang tadi. Kenapa masuk lambat? Masa abang belajar di Bangkok dulu, kalau kita masuk awal cili ini, dia akan ganggu rasa. Cewah.

Kau perah limau nipis sampai tangan kau berbau harum. Kahkah.

Tuangkan ke dalam tom yam.

Kacau rata dan tabur garam. 

Siap! Kalau kau nak tambah daun ketumbar pun okeh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *