Rasa Banyaknya Pintu Tertutup

Kawan-kawan, ini nasihat saya terima masa saya dapat jumpa seseorang dulu untuk mengadu hidup saya huru hara selepas kilang saya tutup.

Saya duk cakap ke beliau yang saya rasa banyaknya pintu tertutup selepas bisnes saya hancur.

Dia cakap begini:

“Kau nampak pintu tu tutup, kau dah pergi cuba buka?

Berkunci ke tak? Apasal lembik nampak tutup terus nak give up?

Kalau berkunci, pergi cari kunci.

Kalau mereka sengaja tak mau buka, tak boleh tolak, tak boleh pecahkan? Kena tunggu buka sendiri ka?

Payah sangat, kau tak boleh buat pintu kau sendiri? Apa ada kat tangan kau tak boleh jadi pintu untuk kau buka?”

The rest is history kata orang putih haha.

3 tahun berusaha bayar hutang, kini tak sampai RM1juta baki (dari RM4.09juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *