Yang dah bekerja, nak bebas macam syarikat sendiri.
Yang dah ada syarikat sendiri, nak bebas kewangan.
Yang dah beristeri nak bebas ke sana ke mari,
Yang dah bersuami nak bebas tak mahu dengar cakap laki.
Yang baru habis belajar nak bebas tak nak dengar emak ayah bising.
Yang mak ayah dah tua di kampung nak bebas tak suka anak-anak marah kena pantang itu ini,
Yang nak berkahwin, nak bebas pilih itu ini.
Yang nak membujang nak bebas tak mahu ada komitmen.
Yang nak bercerai sebab katanya akhirnya nak bebas tak mahu dah pasangan tagune
Yang pakai kereta nak bebas menyelit pakai motor,
Yang pakai motor nak bebas jauh sikit pakai kereta.
Yang sebenarnya nak apa kita ini gais?
Hidup pun tak bebas,
dalam kubur lagilah tak dapek nak nolong.
Bebas atau tak semua dalam kepala aja,
Kalau kita bertolak ansur, banyak bersyukur,
Kita lalui aja dengan sebanyak-banyak ketaatan kepada Allah.
Insya-Allah sebenarnya kita bebas aja.
Buat baik, jangan buat jahat. Itu aja perkara paling mustahak.
Bebas atau tak jangan beriya fikir, hidup memang kena ikut aturannya sana sini. Jadi suami tanggungjawabnya lain, jadi isteri lain, jadi anak lain, jadi itu ini semua lain-lain. Bersyukur ajaaaa.
