Sejak raya sampailah ke sekarang, tak putus lagi orang jemput aku ke rumah terbuka. Dan semestinya banyak makan daging.
Macam biasalah jadi tak berapa nak hadam. Perut pun kerap meragam. Jadinya, isteri aku ajar aku siapkan minuman power ini supaya angin dapat keluar dan keesokan paginya akan melawas dengan baik. Hihi.
Jadi eloklah kau buat untuk suami, isteri, emak ayah kau serta jiran sebelah. Manalah tahu mereka pun memerlukannya.
Syaratnya kau kena guna susu tepung okeh. Mari kita buat.
Susu Buang Angin. Haha.
Bahan-bahannya ialah:
2 sudu besar susu tepung,
1 sudu besar madu,
1/2 inci halia tua,
1 cawan air panas.
Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.

Ya ini halia. Kau kikis kulitnya dan kasi ketuk. Bukan tumbuk lumat ya.

Kemudian kau didihkan air, letak separuh dulu dan campakkan halia tadi. Biar dalam seminit.

Masukkan madu. Kalau malas guna sudu kau tuang sahaja. Haha.

Masukkan susu tepung. Kali ini aku main taram ja susu tepung yang ada dalam peti ais. Orang rumah aku kata itu susu Kambing Lazz. Hahaha. Tapi sedaplah.

Dah begitu. Kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur ya! Amalkan setiap hari. Perut pun jadi ok! 1 pek okeh! Hahaha.
