Langkah demi langkah menyediakan Onde-onde (Buah Melaka) Ala Kampung (25-30 biji onde-onde).
Bahan-bahannya ialah:
250gm tepung pulut
9 helai daun pandan
1 1/2 Cawan air
Gula Melaka / Gula Kabong dipotong dadu
1/2 biji kelapa parut – dikukus 10 minit
Air untuk merebus onde onde
Cara-caranya lihat pada gambar ya.

Potong daun pandan untuk dikisar.

Masukkan 1 1/2 cawan air dalam pengisar bersama daun pandan. Kisar sehalus mungkin.

Tapis dan dapatkan airnya.

Masukkan air pandan tadi ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan menggunakan tangan.

Gaul dan pastikan tepung sudah tidak melekat lagi di tangan.

Potongkan gula melaka / gula kabong secara mendadu.

Kemudian bulat-bulatkan doh.

Leperkan doh dan letakkan gula. Tidak terlalu tebal supaya semasa memasak nanti ia tidak terlalu kembang.

Bulatkan kembali dan pastikan tidak ada kebocoran.

Susun dengan ada jarak supaya tidak melekat.

Sambil itu didihkan air.

Letakkan disisi periuk didihan air, semangkuk kelapa parut.

Masukkan onde onde dan apabila ia sudah timbul bermakna ia sudah pun masak.

Angkat dan gaulkan dengan kelapa. Ulang hingga habis.

Siap. Selamat mencuba!
