
Ini jumlah view klien kami. Kontennya kami bangunkan belakang tabir. Alhamdulillah berkali-kali dah FYP. Syukur amat.
Tiada ads sesen pun kami letak. Alhamdulillah.
Klien ini, sangat faham tentang bermain media sosial. Ada yang FYP, ada yang tak.
Beliau sangat faham.
Bagi beliau, sales akan datang kemudian.
Kami pun setuju. Inilah marketing.
Ia proses panjang.
Bukan sibuk dari 1 posting terus sales juta-juta. Itu kita pun tak mahu.
Kalau asyik kejar sales, marketing tak buat, percayalah team sendiri yang akan fed-up. Team sendiri yang penat. Team sendiri yang akan cakap belakang (buruk) tentang management.
Iya, semua syarikat nak sales,
Semua pengasas nak sales,
Semua orang nak sales,
Tapi kawan-kawan,
Sales datang selepas kerja pemasaran dibuat dengan rapi.
Kalau ada yang cakap “kenapa mula-mula dulu kami ok je sales?”
Kalau sebut “mula-mula”
Itu tanda kalian dah buat benda betul, ia di fasa orang nak cuba produk / perkhidmatan kalian.
Jadi teruskan dengan fasa pemasaran terancang. Bukannya ulang cara buat sales “mula-mula” tersebut.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak kami bantu, whatsapp aja ke 012-211 7994 ya!