Salmon Butter Garlic

Semalam dapat Salmon dari Pmart.my. Jadi bolehlah masak Salmon Butter Garlic. Dah lama teringin. Hihi. Senang sahaja gais. Campak-campak sahaja dah siaaaaap. Ok jom.

Salmon Butter Garlic.

Bahan-bahannya ialah:

4-5 keping ikan salmon. Nak tukar ikan lain atau seafood lain hangpa punya pasal.

1/2 buku butter (125gm).

7 ulas bawang putih dihiris,

1 ulas bawang besar Holland – dihiris.

3 ulas bawang merah kecil – dihiris.

1 sudu kecil serbuk blackpepper.

1/4 biji perahan lemon.

Garam secukup rasa.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya.

Basuh bersih ikan. Saya biasanya akan bilas juga dengan lemon / limau nipis.

Dalam kuali masukkan butter.

Masukkan terus bawang merah kecil dan bawang putih. Kasi kekuningan.

Masukkan garam dan pepper.

Terus letak ikan di atasnya. Ceduk ceduk sikit kuahnya tu sampai ke atas.

Balik-balikkan, kalau api besar kena kecilkan sikit takut hangit kang

Dah masak, angkat semuanya.

Dalam kuali tadi, masukkan bawang besar pula. Goreng sampai ia lembut

Taburkan di atasnya! Siaaaap! Senang kan? Selamat mencubaaaa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *