Ramadan 2021,
- ada 22,000 orang dropship seluruh negara.
- jualan berjuta itu celah gigi aja.
- berhenti buat servis konten untuk syarikat. Hanya konsult.
- fokus kilang dan biskut lebih besar dari bisnes lain.
Ramadan 2022,
- total team 133 orang.
- ekosistem bisnes terbaik.
- supply biskut kepada 46 cawangan Mydin
- costing cantik, profit sedap, volume power.
- Tiba-tiba, ogos 2022, tutup.
Ramadan 2023,
- tinggallah kami bersebelas.
- ikutkan nak bayar gaji pun tak ada duit.
- saman bersepah-sepah.
- mula naik turun mahkamah.
- hutang dari RM4.09juta ke 3juta lebih.
Ramadan 2024,
- kekal kami masih bersebelas.
- bayar gaji makin ok.
- hampir semua saman dihadap dengan baik.
- masih berbaki lebih 2juta nak diselesaikan.
Ramadan 2025,
- kekal bersebelas walau ujian mula datang.
- semua makin lama makin nak stabil.
- namun tak boleh selesa.
- baki hutang 1.38juta.
Saya kekal dengan misi minta apa sahaja yang mustahil dalam kepala kita kepada Allah. Hanya Allah yang boleh selesaikan segala hal mustahil itu.
Tiada mustahil bagi Allah.
Allah boleh selesaikan semuanya.
Terus berdoa kawan-kawan.
Terus berharap kepada Allah seluasnya.
Begitulah
Khairul Hakimin Muhammad
Gambar: Kenangan bersebelas semasa umrah Julai 2024 bersama Alam Shah Travel.
