Itu hari saya ziarah tadika kawan saya, beliau minta bantuan bagaimana nak naikkan jualan melalui konten. Saya pergi aja bantu mana yang boleh. Di sekitar Bangi ini aja.
Masa saya masuk ke dalam tadika, cikgu sedang buat 1 task ke budak-budak umur 5 tahun.
Tasknya ialah beritahu apa makanan kesukaan emak dan ayah mereka.
Cikgu tanya seorang demi seorang. Saya berdiri aja nak tengok dan dengar.
Ada yang cakap ayam goreng.
Ada loyar buruk cakap ayah makan apa mama kasi, tapi mama malas masak. Kahkah.
Ada yang cakap mama suka mi goreng hari-hari mi goreng je bosanlah. Macam-macam.
Dalam ramai-ramai ada seorang budak lelaki. Cikgu kata beliau ada masalah sedikit perlahan berbanding kanak-kanak lain.
Orangnya nampak tenang aja. Masa bercakap dia berfikir, 2-3 saat dia cakap, dia akan stop berfikir dan sambung bercakap.
Tapi jawapan dia best.
Dia cakap “mama suka ayam butter. Kalau mama punya ayam butter ada cili padi, saya tak boleh makan nanti pedas mulut. Mama suka beli nasi kukus dekat sekian sekian, mama kata kari dia sedap, lepas tu mama suka beger dekat sekian-sekian mama kata beger tu dah ada lama dah mama suka.”
Dia punya detail sangat detail. Sampai semua diam aja apa dia cakap.
Saya tanya cikgu, sungguh ka dia dalam kategori “delay” sana sini.
Cikgu kata ya. Membaca, menulis semua masih belum boleh sepenuhnya.
Saya cakap ke cikgu tu, kalau umur 5 tahun dia boleh collect data, observe sebesar itu, saya yakin dia boleh jadi seseorang nanti. Sungguhlah, kelemahan dia sekarang boleh jadi kelebihan dia akan datang.
Ingat kawan-kawan,
Orang paling hebat di antara kita bukan yang paling bising dan paling banyak bercakap. Tapi yang paling kenal setiap seorang. Yang paling tahu apa kelebihan dan kekurangan setiap seorang yang ada. Dia observe aja sana sini. Dia diam aja, tapi dia nampak, dia dengar, dia tahu serba serbi.
Orang ini, kalau jadi kepala dalam sesuatu hal, dia boleh bawa kemenangan. Jika dia kalah, dia tak anggap dia kalah, dia akan cakap dia sedang belajar.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Cuba baca The Power of Habit dari Charles Duhigg.
