Itulah Orang Rajin

Nak cerita ke tak nak cerita,

Nak cerita ke tak nak cerita,

Nak cerita ke tak nak cerita,

Itu hari pagi lagi saya ke kedai satu ini, beli barangan untuk rakam video dan buat resipi. Keluar aja, terus ke kereta, saya nampak dah ada seorang kakak bawa bakul. Saya letakkan barang dalam bonet belakang, nak masuk ke pintu, akak itu cakap “dik, akak jual roti dengan kuih sikit.”

Saya tanya berapa. Kemudian beli aja apa yang ada. Dia cakap “terima kasih, akak jual sebab anak akak tahun lepas nak sangat ikut program sekolah tapi semuanya akak tak mampu. Jadi tahun ni akak jual ni la nak support dia.”

Saya tak tau nak jawab apa, masuk kereta, hidupkan enjin dan terus ke studio. Hilanglah terus pasal akak ini.

Sekali lagi ke kawasan situ beli barang, sekali itu lagi jumpa akak itu jual roti dan kuih.

Waktu itu dah banyak nak habis. Saya beli semua tapi saya tak ambil. Saya cakap akak jumpa sesiapa akak kasilah. Saya dah kenyang sangat.

Dia balas “kenapa, tak sedap ke?”

Saya cakap sekali lagi “tak kak saya dah kenyang betul”.

Dia angguk.

Masuk kereta. Dari rasa nak down amat sebab bisnes begitu begini, sebab itu ini semua tak jadi nak down.

Duk tengok akak itu angkut bakul. Entah dari pukul berapa dia bangun buat. Pergi ke kedai demi kedai, jumpa orang sana sini.

Zaman 2025, masih ada orang berjual guna bakul di kawasan sepatutnya semua bekerjaya dengan baik.

Ayat dia “sebab anak akak tak mampu nak ikut program sekolah” bukan alasan untuk dia. Itu penguat untuk dia support anak dia. Kuat gila.

Kita kalau fikir guna separuh otak, kita akan cakap sekolah kejam buat program berbayar.

Padahal sekolah pun ada kos-kosnya. Okeh karang ada yang kata patut kerajaan tanggung. Hah mai kaum “patut” atau “baik beli” habislah bergaduh bagai tak mahu guna otak sepenuhnya.

Bukan semua aktiviti sekolah itu ditanggung oleh sekolah. Demi nak kasi anak-anak kita pandai, memang akan ada berbagai program untuk dibuat dan dilaksana.

Isu pokok ialah si emak sanggup berkorban apa saja. Janji anaknya tak tertinggal. Itu fokus paling utama.

Itulah orang rajin. Dia buat apa ada di tangan dia. Matlamat dia jelas. Dia ada big why dia.

Maka dia buat.

Peduli apa kata orang. Buat.

Bukannya duduk saja kemudian kecam kecam kecam, dapatkan sokongan dengan mengecam sampai tak sedar dia hanya duduk saja.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Kagum!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *