Ruang Rezeki Itu Allah Luaskan

Suka saya dengar perkongsian Neelofa tempoh hari. Beliau kata kepada kami waktu beliau mula berniqab, ruangan “story” Instagram ibunya ada lebih 300,000 view.

Itu menyebabkan daging harimau menangis yang dijual ibunya itu laku keras sampai ke hari ini.

Ia sebuah kisah hijrah, ruang rezeki itu Allah luaskan. Dalam rezeki anak, ada rezeki ibu ayah.

Manalah kita tahu yang Allah nak kasi itu nak kasi ini. Kita hanya tahu minta dan mohon sahaja. Namun kita wajib tahu mencari reda Allah. Saat kunci itu kita ketemu, rezeki, kebaikan, semuanya akan hadir berganda-ganda.

Kagum saya. Banyak saya belajar. Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad.

Belajar lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *