Hangpa tahu tak apa perasaannya apabila kedai kita kosong. Kita pun rasa kosong tau.
Saya sampai Bangi dalam 3 petang.
Terus salin baju, bersiap terus ke TRX.
Alhamdulillah sampai dalam 4.20 petang begitu. Alhamdulillah. Sendirian aja.
Mesyuarat 4.30 petang. Selesai dalam 6 petang begitu. Saya terus naik ke MPH. Rindu bau buku. Beli senaskhah buat hadiah kepada diri sendiri, lalu cari makan. Lapar.
Saya cari mana restoran yang tak ada orang. Nak sendirian. Tak mahu diganggu ala-ala terpaling popular kononnya hahahaha. Jumpa.
Mi Hiris Cina Muslim.
Masa saya lalu, chefnya pun sendirian. Memandang aja keluar. Salah seorang pelayannya pun sama.
Saya masuk. Tempah makanan. Laju.
Makanannya sedap. Mi Kambing hahaha. Sedap weh.
Kalaulah harga saya bayar hari ini boleh menggembirakan mereka, alhamdulillah.
Saya memahami bagaimana rasanya apabila tak ada jualan. Niat saya hanya 1, saya nak sendirian, cuma apabila masuk, niat saya bertambah, saya nak kalian semua gembira ada jualan hari ini.
Bersyukur yang sedikit, percayalah akan ramai hadir nanti.
Mi Hiris Cina Muslim ada lebih 10 cawangan kalau tak salah. Di Bangi pun ada. Yang ini di TRX. Wing dekat TRX 106.
Okey, nak ke Melawati Mall pula sambung meeting di sana.



