Apa Motivasi Kurangkan Hutang Berjuta ?

“Tuan, apa motivasi tuan sampai tuan boleh kurangkan hutang berjuta dalam tempoh singkat?”

Aaaaaa. Soalan ini apabila saya jawab depan-depan, jadi macam kasar sikit. Dah beberapa kali saya perasan, apabila saya jawab, muka orang yang bertanya berubah. Jadi macam sedih. Sebenarnya tak ada niat saya pun nak sentuh hati sesiapa, ya sungguh.

Jawapan saya “saya tak nak motivasi, saya nak disiplin.”

Dengan disiplin, ia jadi mudah. Maksud disiplin:

1. Bangun awal pagi, seawal mungkin. Siapkan checklist. Tanpa tapi.

2. Dah siap checklist, ikut! Dah siap jadual, ikut! Tanpa tapi.

3. Dah dapat payment, bayar! Jangan pi belanja, bayar! Tanpa tapi.

4. Dah ada network, layan baik-baik. Sudah-sudahlah tak suka orang itu, tak suka perangai ini, layan! Tanpa tapi.

5. Dah ada jalan dan peluang, buat! Penat ke letih ke, tak larat ke, buat! Tanpa tapi.

6. Dah mula nampak flow, dah tau team boleh support, maka support habis-habisan. Tanpa tapi.

7. Sekiranya team sangkut, cepat-cepat bantu. Jangan sesekali bahasakan apa-apa, mereka bukan ada mindset kita, maka kena bantu habis-habisan tanpa tapi.

8. Jaga semua, jaga cashflow. Tanpa tapi.

9. Susun semuanya baik-baik. Belajar untuk “say no!” penting sangat, kalau semuanya yes sana yes sini, maka semuanya akan ganggu proses disiplin.

10. Jangan peduli apa kata orang, orang tak bayar bil kita, pedulikan kata pakar motivasi, pedulikan apa kata jiran, pedulikan apa kata mereka yang kata kita kena begitu kena begini, bisnes kita, kita lebih tahu. Selagi kos terjaga, selagi semuanya berjalan baik, jalan terus! Tanpa tapi!

Hangpa ada 10 ni, tak payah motivasi. Terus aja ke disiplin.

Ini tak habis-habis salahkan orang sana toksik, orang sini toksik. Pakar motivasi pula duklah buat konten pandang orang sana toksik, pandang orang sini toksik. Padahal diri sendiri pun penuh toksik. Orang disiplin, dia jalan terus.

Pergilah mana-mana talk taikun itu taikun ini, semua ada disiplin yang super duper ketat. Bangun awal, baca buku, kalau dia muslim, dia akan bangun awal untuk tahajjud bagai. Semuanya tentang disiplin, bukan motivasi.

Itu benda yang saya ubah beberapa tahun lepas. Kalau tak, tak habis-habis tunggu motivasi dan semangat baru nak bermula. Padahal dengan ada disiplin, semua akan mula aja tanpa tapi!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Bismillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *