
Untuk peniaga yang gila-gila jaga kos, pergi ladang kurma atau pasar kurma ini sebuah kes pembelajaran yang best.
Berapa % makan dan beli.
Berapa % tak makan tapi beli.
Berapa % tak makan dan beli.
Susah weh.
Sebab paling besar ialah boleh makan sampai kenyang. Walau kita semua tahu kita tak makan kurma macam makan nasi tapi dekat situ rasa nak rasa semua.
Termasuk coklat. Makan, makan, makan.
Saya kira bas di luar bangunan, ada lebih 15 bas. 1 bas 40 orang = 600 orang sekali masuk.
Kita kira-kira yang membeli 30% sahaja nak.
180 orang membeli.
Tadi ustaz kasi 40 minit ja untuk beli belah, ok kita guna 40 minit tersebut.
180 orang beli sekurangnya 5kg = (ambil 1kg RM40), jadi total RM200 x 180 orang = RM36,000
RM36,000 setiap 40 minit.
Buka 10 jam. Maka total 10 jam x 60 minit = 600 minit.
600 minit / 40 minit = 15.
15 x 36,000 = RM540,000 jualan sehari.
Kalau buka setiap hari, RM540,000 x 30 hari = RM16.2juta jualan sebulan.
Kuangkuangkuang.
Ini tak kira berapa % yang makan tau. Itu kena tolak nanti.
Haha gitulah saya otak matematik sana sini. Wakaka.
Khairul Hakimin Muhammad,
Madinah Al-Munawwarah