Allah pernah beri saya peluang untuk rasa:
- Dari pakai motor ke pakai kereta konti.
- Dari bekerja kilang dengan gaji bawah RM3,000 kepada menggajikan pasukan di kilang sendiri dengan gaji keseluruhan RM340,000 sebulan (kini kilang itu sudah ditutup).
- Dari pelajar Sains Pemutusan (Degree Decision Science) kepada specialist dalam strategi konten, pemasaran media sosial dan pembangunan platform media sosial. Lebih dari itu kami berada di belakang tabir syarikat-syarikat mega dan ikon-ikon ternama dalam menghasilkan konten media sosial mereka.
- Dari tak ada apa-apa kepada ada rumah sendiri. (Tapi dah jual masa nak bayar hutang).
- Berpeluang hampir setiap tahun menjejak kaki ke tanah suci.
- Dari kosong kepada jualan melebihi RM4juta setahun. Dari buat biskut ke ejen, kepada supply ke 46 cawangan Mydin.
- Mengembara ke-54 buah negara setakat ini. Lebih dari itu mengikuti kembara kemanusiaan ke Syria, Lubnan, Turki dan beberapa lokasi lain.
- Menulis sekitar 28 naskhah buku dan lebih 200 buah ebook.
- Mempunyai sekitar 360,000 pengikut di FB, 67,000 pengikut di Tiktok, 30,000 pengikut di Instagram, 20,000 pengikut di Threads dan 36,000 di Telegram.
- Dari bekerja sama-sama kepada jadi kawan rapat di Bersebelas.
- Menyantuni, bersembang, melepak dengan taikun-taikun dalam negara.
- Berpeluang hadir ke kelas-kelas high performance mindset, leadership, storytelling, short film dalam dan luar negara.
- Berpeluang pergi ke world class forum / simposium dan seminar media sosial di London, Amsterdam, Singapura.
- Pernah ada peluang boleh beli apa sahaja yang anak dan isteri minta.
- Menyiapkan rumah emak abah di Mentakab.
- Menghadiahkan kereta buat emak abah di Mentakab.
- Bawa emak abah dan 2 adik perempuan ke Tanah Suci.
- Bawa kawan rapat Bersebelas ke tanah suci.
- Ada isteri yang sangat memahami dan anak-anak yang sangat baik.
- Menunaikan haji di usia 45 tahun.
Semua Allah pernah beri, pernah buat saya rasa semua itu. Walau ada antaranya Allah dah ambil semula, saya bersyukur saya pernah dapat rasa dan pernah melalui momen tersebut.
Apa lagi saya nak selain dari bersyukur kepada Allah. Ke depan nanti saya tak tahu ujian saya bagaimana, orang diuji adalah orang yang Allah sayang. Saya hanya berharap saya masih dapat bantu seramainya orang. Itu aja.
Ya sungguh, nak masuk syurga kena jadi orang bermanfaat bukan orang yang sentiasa bawa mudarat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Doakan saya.
