Bukan Senang Untuk Kekal

  1. Saya selalu letak dalam kepala bukan kami aja pandai dalam bidang ini, ada ramai lagi yang lagi pandai, lagi hebat.
  2. Yang membezakan kita ialah konsisten belajar, konsisten fokus, konsisten disiplin, konsisten menghasilkan karya betul, mengikut zaman dan aliran.
  3. Kepakaran terbentuk dari pengalaman. Bukan 100% pengetahuan. Pembentukan itu dari kosong kepada satu klien, kemudian dua, kemudian tiga, lalu 10, 100, 1,000 klien. Menempuh laluan sukar ini yang akhirnya buat kita faham yang kita sangat perlukan ilmu, bukan sembang semata.
  4. Berjumpa ribuan klien, ribuan ragam. Yang sangat memahami kerja, pembayaran juga dibuat dalam kala memahami, jadi kawan, jadi circle. Yang culas, yang dari awal ingin menipu, yang begitu yang begini, semua ada. Ia kembali ke no.3, tentang pembentukan diri kami. Semua dikumpul jadi pengalaman lalu membentuk kepakaran.
  5. Sejak 13 tahun lalu, kami kekal di sini. Biarlah orang nak kata “the last man standing”, okey aja. Bukan itu sahaja, kami kadang adalah rasa bangga. Orang lain sudah bertukar bidang, kami juga pernah cuba. Namun kami kembali di sini.
  6. Kerja kami:
  • belakang tabir menjaga konten orang, syarikat, individu, produk, ikon, selebriti dan berbagai nama besar.
  • membina konten tersusun secara berkala
  • konsult klien tentang pemasaran media sosial
  • berkongsi ilmu tentang pemasaran media sosial.
  • terbaharu – travelog di bilik sebelah, kandungan video panjang.
  • penerbitan ebook dan buku.
  • membina circle terbaharu “golden circle” tentang hal-hal konten, pemasaran media sosial dan strategu bermain di alam maya secara tersusun dan bersistem.
  1. Kembali ke nombor 1, kami tahu bukan kami aja dalam bidang ini, namun kami yakin kami paling lama bertahan setakat ini. Alhamdulillah. Ujian banyak, bukan senang untuk kekal. Kami banyak Allah izinkan mengkayakan orang lain, buat duit di media sosial sampai jualan beratus juta, syukur amat, itu sudah cukup buat kami berlega-lega, alhamdulillah.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Syahdu hari ini dapat testimoni jualan dari kosong ke RM41juta dari salah seorang klien kami yang belajar dari kami hal konten dan pemasaran media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *