Month

December 2025

Yang Paling Jaga Pemanduan Adalah Dari Kenderaan Mewah

Semalam tengah hari begitu, saya masuk Plaza Tol Bangi, kemudian menuju ke Coffee Bean (sebelah Hospital Pakar Annur). Saya lalui bulatan dan kemudian beri isyarat ke kiri. Perlahan saya masuk ke simpang. Sudah masuk, sekali lagi, saya beri isyarat ke kiri untuk masuk ke bangunan Bangi Plaza. Nak letak kereta di situ. Tiba-tiba tak semena-mena…

Tuhan Juga Akan Beri Redha

Selamat sampai rumah. Dalam perjalanan balik tadi terserempak dengan seorang abang yang sedang menolak motornya. Jam sudah 11 lebih. Kasihan pula, saya pun patah balik dan bertanyakan apa masalah. Oh abang Pakistan. Saleem namanya. Minyak habis. Saya beri pertolongan dengan menolak motor guna kaki. Oleh kerana saya pakai skuter, jadinya nak menolak tu tak berapa…

Terung Bakar Masak Lemak

Tak tahu hangpa pernah makan ke dak. Kami di Pahang ini biasa aja. Nama masakannya terung bakar masak lemak. Ke masak lemak terung bakar? Hahaha mana-manalah. Senang amat. Lagi pedas lagi sedap. Ok jom. Masak Lemak Terung Bakar. Bahan-bahannya: 3 biji terung ungu panjang. 1 genggam ikan bilis 5-6 biji cili padi hijau 1 biji…