Hari ini mari kita sediakan biskut kacang pea. Senang ya ampun nak buatnya. Malah kau boleh kerah semua isi rumah buat sama-sama.
Rasanya sedaplah. Rapuh dan cair di mulut. Kau boleh beli serbuk kacang pea ini di kedai jual barang bakeri. Ada punya.
Bahan-bahannya ialah:
1kg serbuk kacang pea.
500gm gula halus.
4 cawan tepung gandum.
2 sudu besar tepung jagung.
2 cawan setengah minyak masak, atau minyak mazola atau minyak jagung.
*tak pakai telur.
Oh ya, panaskan oven dengan suhu 200 darjah selama 20 minit atau suruh anak kau kira sampai 2,145. Api atas bawah depan belakang. Nak pasang kipas ke tak payah suka hati kau.
Cara-caranya kau tengok dalam gambar ya.

Biasanya depa jual pek begini. 1kg okeh.

Biasanya depa jual pek begini. 1kg okeh.

Kemudian tuang gula halus, nak guna gula castor pun kau punya pasal.

Masukkan minyak masak. Kacau rata. Kalau malas guna spatula, guna tangan pun ok. Serius ok.

Jadi begini.

Kemudian masukkan tepung. Gaul lagi.

Siap begini, ikut kau nak gentel atau nak guna acuan.

Bulatkan boleh.

Kemudian tekan sikit guna jari.

Ya Tuhan, dah kenapa buruk bebenar. Guna acuanlah.

Haaa baru cantik. Letak telur kuning sikit atasnya ya.

Bakar dalam ketuhar. Suhu tinggi 200 darjah, dalam 10-15 minit sahaja ya.

Siap!

Lawa tak? Kahkah. Senang sahaja kan? Selamat mencuba!
