Dua Mindset Ini Sentiasa Ada

“i kena tipu dengan adik i sendiri, RM11juta. Sampai sekarang dia belum balik sebab dia melarikan diri ke luar negara.

“Saya pula yang bawa emak ke rumahnya di luar negara tu, semata nak temukan dia semula dengan emak. Masa berdiri depan rumahnya, suaminya keluar dan ajak masuk, kami masuk, dia tak mahu jumpa kami terus aja masuk ke bilik. Dia perempuan. Dialah akauntan saya, dialah manusia saya paling percaya masa saya buat bisnes tersebut.”

Saya dengar aja.

“Ini maksud jangan buat bisnes dengan keluarga ke dato?”

“Eh takkkk. Saya ada 4 lagi adik beradik bersama saya, semua ok ok aja, bergaduh itu biasa, tapi bab bisnes, kena bisneslah.”

Saya telitikan kes adiknya yang mencuri duit syarikat sebanyak RM11juta yang sepatutnya menjadi sebuah syarikat lain yang akan dibuka. Namun duit itu nak dipindahkan dan dia yang luluskan, rupanya dia tak perasan cheque itu bukan kepada syarikat baru tersebut, ia kepada adiknya sendiri. Sudah siap rancang untuk lari rupanya dah bertahun.

“Kenapa lari? Kerana dah tak tahan kerja, nak kaya.

Sekarang hidup tak kaya pun di negara orang, nak balik, segan. RM11juta itu sebenarnya kami berjaya sekat melalui mahkamah. Walau dia dah ambil beberapa, tapi alhamdulillah berjaya, sebab dia masih guna bank di Malaysia, itu bodoh sikit dia.”

Masa beliau bawa emaknya ke rumahnya kerana terlalu rindukan anak perempuannya itu, awalnya dia tak keluar bilik, emaknya ketuklah biliknya, akhirnya keluar dan melutut meminta maaf.

Selang beberapa tahun, emak mereka meninggal dunia, dia tetap berkeras tak mahu balik. Sedangkan dato itu beritahu dia sentiasa ada beribu ruang kemaafan kepada adiknya.

Dato itu cakap,

“Kalah dengan duit ini ramai, sanggup gadaikan hubungan, sanggup gadaikan apa sahaja demi nak senang, sedangkan senang ke susah ke semua tu sifatnya boleh sementara, boleh kekal. 2-2 boleh, nak kena usaha, memang dalam dunia ini, manusia ada 2 kategori, ada akan kerja makan gaji, ada yang akan jadi usahawan. Dua mindset ini sentiasa ada, sebab itu wujudnya perkataan ekonomi.”

Huhu RM11juta pun boleh dimaafkan, huwaaaaaaa. Saya tanya last berapa adiknya berjaya ambil sebelum mahkamah putuskan akaun itu disekat, dia kata sekitar RM2juta. huhuhuhu. Banyak juga wehhhh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *