Ada 2 benda saya sentiasa letak dalam kepala. Apa yang berlaku, 2 benda ini jangan dihilangkan, jangan dihapuskan, jangan diganggu, jangan dialihkan.
1. Kekal jadi rajin.
– sama ada dalam keadaan sendiri atau dalam ramai-ramai.
– berusaha dalam keadaan apapun berbuatlah.
– jangan sesekali duduk sesaja.
– mesti berbuat sesuatu, mesti, wajib, tak ada tapi.
2. Kekal cari jalan.
– apa nak berlaku, berlaku ajalah. itu ketentuan Tuhan.
– kita hamba, kena cari jalan dalam apa juga keadaan.
– susah, sukar, suka ke tak suka ke, cari jalan.
– percaya semua benda sementara, maka cari jalan sampai jumpa.
– ada orang jumpa jalan selepas sehari, ada orang selepas 10 hari, ada orang selepas 2 tahun, ada orang selepas 20 tahun. terus cari.
Kita orang lelaki,
maka tak ada tapi,
tak ada alasan,
tak ada kesakitan,
kena buat.
Lantak pi orang nak kata apa,
buat aja.
keluar aja dari rumah,
buat.
berusaha.
selagi duk rumah,
selagi tak ada hasil,
selagi tak ada perubahan,
selagi tak ada kegembiraan dalam mencari hasil,
jangan berhenti,
penat, normal.
sakit, normal.
sedih, normal.
dibenci, normal.
tak disukai, normal.
ada ada yang tak suka itu tak suka ini, normal.
bil kita yang bayar,
kita tak ada emak ayah kaya raya nak hulur,
kita tak ada juga orang nak beri itu beri ini,
maka usahakan sampai jadi.
buat itu, tak jadi, buat ini.
buat ini, tak berhasil, buat itu pula.
berpusing aja jangan berhenti,
jangan sesekali terfikir nak berhenti.
buat.
sampai jadi.
dah jadi,
bahagialah dengan bantu orang lain pula.
kita dah pernah di titik itu.
kita tahu peritnya.
kita tahu sakitnya.
maka bahagiakan diri dengan bantu.
begitulah,
Khairul Hakimin Muhammad,
bismillah
