Idea konten tak datang sendiri. Ia kena dicari, kena disimpan, kena disusun.
Kawan-kawan, ini kaedah saya:
Satu, buka satu folder dalam telefon. Nama dia “Bank Idea”. Setiap kali terfikir sesuatu, terus catat. Walaupun satu ayat. Walaupun satu perkataan. Walaupun rasa idea tu kecil sangat.
Dua, scroll komen di post orang lain. Bukan post sendiri. Komen orang. Di situ ada masalah sebenar pembaca. Ada soalan yang berulang. Ada keluhan yang sama. Itu semua idea content yang siap.
Tiga, dengar perbualan pelanggan. Apabila mereka tanya, “Macam mana nak buat ni?” — itu satu konten. Bila mereka kata, “Saya tak faham bahagian ni” — itu satu lagi konten. Setiap soalan pelanggan adalah satu post.
Empat, baca buku 15 minit sehari. Buku bisnes, buku kisah kejayaan, buku novel masyarakat, buku biografi. Mana-mana sahaja. Satu bab boleh jadi 5-6 konten kalau kita pandai olah.
Lima, hidup sendiri pun bank idea. Apa yang berlaku hari ini? Apa yang kita belajar? Apa yang buat kita marah, gembira, terkejut? Semua tu bahan.
Enam, topik yang kita bangunkan. 1 topik betul boleh jadi 1,000 posting. Contoh resipi, pecahkan ikut waktu makan, boleh jadi dapat berpuluh ribu resipi.
Bismillah, mula buka folder Bank Idea hari ini.
Khairul Hakimin Muhammad,
begitulah.
