Mula Jaga Hari Ini

Pelanggan baru susah nak cari. Mahal nak iklan. Lambat nak bina kepercayaan.

Pelanggan setia mudah datang balik. Tak perlu iklan. Tak perlu hard sell. Mereka cari kita sendiri.

Tapi kawan-kawan, ramai duk fokus cari pelanggan baru sahaja. Habis budget kat ads. Habis tenaga oerah otak ads mana makin ok. Sampai lupa jaga pelanggan lama yang dah pernah beli.

Pelanggan lama tu bernilai tinggi, ala emas. Mereka dah percaya. Mereka dah pernah keluar duit. Mereka dah kenal cara kerja kita. Mereka tahu kita buat benda betul.

Cara nak jaga senang aja. Beri tips dalam bentuk konten. Buat konten yang ingatkan mereka kita masih ada, masih relevan, masih boleh bantu. Konten kita mesti konsisten. Konten kita mesti dalam topik betul. Konten kita mesti terus beri manfaat.

Pelanggan setia bukan datang dari kebetulan. Datang dari hubungan yang kita jaga. Selagi kita masih di jalan itu, jalan yang mereka klik butang “follow”, maka kita masih ada mereka. Mereka juga masih ada kita.

Bismillah, mula jaga hari ini. Bina konten bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *