Masa kecil, emak selalu kata sayalah paling riuh.
Masuk sekolah, saya ada beberapa kawan ja.
Masuk sekolah menengah lagi ketara. Lagi tak ramai.
Apabila masuk universiti, masuk alam kerja, buat analisis itu ini, sahlah saya introvert teruk. Rupanya kuat bercakap hanya kepada orang yang selesa aja.
Riuh itu jadi apabila percaya. Apabila benar rasa selesa. Kalau tak, memang rendahlah tenaga. Nak bercakap ke nak mendengar ke semua jadi tak ada semangat.
Tapi atas pentas ok aja kawan-kawan.
Jarak antara saya dan kalian itu buat saya selesa. Kalau dekat sangat, hilang juga tenaganya. Ada rasa tak selesa. Sebab itu kalau bab nak pergi kenduri ke majlis ke, puaslah paksa diri. Hahaha. Saya usahakan biasanya. Pergi juga.
Banyak kelas saya pergi untuk saya hadap semua ini. Saya tak malu nak cakap saya memang pergi kelas.
Kelas bercakap.
Kelas “public speaking”
Kelas berani atas pentas.
Semua pergi aja.
Nak kena ada ilmu. Tak ada, saya tak tahulah saya boleh ke tak untuk kongsi ilmu atas pentas tersebut.
Keberanian adalah segala-galanya.
Untuk hilangkan ketakutan, hanyalah ilmu.
Kuatnya ilmu kita pegang,
Sekuat itulah keberanian yang kita ada.
Kawan-kawan,
Belajarlah. Ambil ilmu untuk jadi pandai.
Buat terus.
Buatlah dulu. Jadikan ia realiti.
Tak berjaya, baiki.
Tak menjadi, baiki.
Tak semua ilmu itu serasi.
Namun jika dah ada di tangan,
Tanggungjawab kita untuk kita perelokkan dan sambungkan ke diri kita mengikut diri kita sendiri.
Itulah keberanian.
Berubah dan tenang aja melalui perubahan tersebut.
Ubah, ubahlah jadi lebih baik.
Insya-Allah makin menjadi.
Aha, ya.
Inilah daun-daun yang sedang kering di London. Setiap tahun begini. Mereka akan seolah mati dalam beberapa bulan. Jadi kering.
Lalu selepas itu bercambahlah putih baru. Lagi mengancam dan indah.
Begitu juga kita. Saat belajar, kosongkan diri. Biar diri sebodoh-bodoh. Ambil masa bertumbuh semula.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad.
Doakan!
