“Bang, dah beli ke baju raya? Tinggal abang dengan Abdullah je belum ada.”
Jujurnya beginilah alasan paling mudah. Duit belum ada haha. Sungguhpun begitu, saya yakin akan ada.
Nak jadi cerita minggu lepas masa saya berjumpa dengan bakal klien di IOI City Mall, beliau cakap dah ikuti saya dari 2015. Siap anaknya pernah masuk kelas brownies di studio saya 2014. Kagum pula rasa.
Kami bersembang berbagai hal. Asalnya saya pitching aja untuk konsult pemasaran komuniti dan pembangunan konten bakerinya. Tapi jadi lain apabila beliau duk tanya tentang jatuh bangun saya.
Beliau beri RM2,000, puas menolak sana sini, beliau transfer juga. Ini yang susah apabila pakat ada belaka nombor akaun kita.
Semua pernah beli ebooklah apalah, ada aja.
Katanya “tuan, beli baju raya untuk tuan dan Abdullah, dengan team tuan sekali. Saya memang dah lama nak beri, tapi saya nak jumpa tuan dulu. Rasanya cukup tu, tapi kalau tak cukup tuan kasi je tau, saya tambah.”
Saya jawab “eh takkanlah saya nak cakap haha.”
Dia balas “haha, tapi saya amanahkan tuan beli baju raya ya. Ada baki baru boleh buat benda lain.”
Saya pun tanya dalam group whatsapp kami. Undi nak baju melayu ke nak kurta. Kurta menang
Semua nak kurta, undi lagi sekali nak kurta jenama apa. Semua nak Khatam.
Maka kami pun berombonganlah ke Khatam.
Dekat situ juga saya berjaya beli untuk kami 2 beranak.
Bakinya, saya bawa ke Syria. Mana tahu boleh beli gula-gula atau apa aja yang boleh buat anak-anak di sini gembira.
Itulah keajaiban Tuhan. Allah sentiasa mendengar dan melihat. Kita aja yang tak mahu meminta.
Kawan-kawan,
Jangan pernah berhenti berharap. Jangan pernah berhenti berusaha. Jangan pernah berhenti berdoa dan berimpian.
Sentiasa letak Allah di hadapan. Allah ada.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Sampai rumah itu hari, terus pakai, wah muat alhamdulillah! Kawan-kawan, saya kini di Syria, mengharap kalian dapat bantu kami di sini menghantar bantuan, klik sini ya, RM1 pun sangat saya hargai http://bit.ly/SedekahSyria12
Doakan kami selamat pulang ke Malaysia ya!
Khairul Hakimin Muhammad,
Damascus, Syria.
