“Khairul ada berapa orang anak, sorrylah aunty dah tak tengok fb sangat, so stress”
“2 orang aunty. Alhamdulillah.”
“Aunty itulah seorang aja. Apapun, itulah anak aunty, apa saja pun, aunty nak dia macam tu macam ni, tapi dia jadi macam tu, aunty tetap kena ada untuk dia, kalau tak, lagi tak tau apa akan jadi.”
Kisahnya saya pi jumpa seorang “aunty” ini. Kami dah berkenalan dah lama, zaman saya ada studio masakan lebih 10 tahun lalu.
Saya tahu kisah anaknya, anak ditatang bagai minyak yang penuh. Memang dari dulu beliau akan cerita tentang anaknya.
Pandai, sekolah paling pandai.
Masuk belajar universiti luar negara.
kemudian aunty ini hilang begitu sahaja. Diam. Akaunnya ada, tapi beliau betul-betul diamkan diri.
Sampailah beberapa hari lepas kami berjumpa dan beliau cerita.
“anak aunty sekarang dalam terapi, please aunty ni nak cerita dengan Khairul untuk Khairul cerita dengan follower khairul, mana tau ramai boleh doakan aunty dan anak aunty.”
Saya pula duk emo.
Anak yang disayang-sayang rupanya jadi kaki mabuk.
Belajar di luar negara, bercinta bagai nak rak,
balik Malaysia pakat nak kahwin,
duit hantaran, barang kemas semua-semua kasi awal,
tiba-tiba lagi beberapa hari nak akad,
si perempuan itu ke luar negara larikan diri.
tak mahu kahwin sebab tak yakin boleh jadi isteri.
nak enjoy lagi dan lagi.
si lelaki ini (anak aunty) tak boleh terima hakikat,
aunty buat laporan polis,
tuntut di mahkamah,
anaknya kata jangan, malu,
aunty teruskan.
mula mental.
menang.
si perempuan itu pulangkan semua dengan kos gantirugi bagai,
tapi si anak masih nakkan si perempuan itu,
berhubung lagi,
aunty kata jangan, sudahlah.
sekali lagi kena tipu.
mujur tak set kahwin bagai, sekadar beli barang kemas,
si perempuan hilang lagi kali ke-2 dengan barang kemas.
maka bermula si anak cari sesuatu nak tenangkan diri,
mental lagi.
mula cari benda paling mudah,
minum.
habis semua solat,
habis semua perkara baik,
habis semua.
Aunty itu cerita anaknya jadi macam orang tak siuman,
setiap malam mabuk dengan bertin-tin minuman keras,
sampailah sakit dan bawa ke hospital,
doktor kata ala overdose.
jadi masuklah terapi,
hari-hari hantar orang untuk teman,
ajar semula solat bagai.
sekarang sedang kenenkan dengan seseorang,
suruh berkawan dulu.
semua nampak ok.
jadi aunty suruh cerita kepada kalian semua,
jangan sesekali berputus asa dengan anak sendiri.
walaupun si anak dah dibuang ayah.
ayah tak nak tengok muka anak dah sebab dah jadi kaki mabuk.
makcik pakcik,
sepupu semua,
kawan-kawan semua dah tak ada,
menjauhkan diri.
tapi si emaknya (aunty) kekal teguh bersama.
masa ini sumpah saya nangis.
itulah emak kita kan.
teruk macam mana pun kita,
syukur kita masih ada emak.
yang kekal ada,
yang sentiasa ada,
yang terus ada,
walau seisi dunia membenci kita,
“Khairul, doakan tau, aunty tengok dia benci dah air syaitan tu, aunty harap dalam lepas raya haji dia setuju, nak nikahkan aja, start new, doakan tau! aunty tunggu Khairul tulis, aunty nak doa ramainya orang, tulis tau!”
Saya tunggu hari ini, hari jumaat, kita doakan sama-sama ya.
Aunty E dan anaknya sentiasa dilindungi Allah,
terus berubah jadi baik,
tinggalkan semua larangan Allah.
Sekerasnya tinggalkan benda itu selamanya!
Doakan jom kawan-kawan!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah.
