Pembaca scroll laju. Sangat laju. 3 saat sahaja untuk kita tarik perhatian dia.
Kalau ayat pertama biasa-biasa, dia scroll terus. Kalau ayat pertama menarik, dia berhenti dan baca sampai habis.
Kawan-kawan, ini 5 jenis hook yang saya selalu guna:
Satu, hook soalan. Mula dengan soalan yang menusuk.
“Kenapa post tuan tak ada engagement?” Pembaca akan terus tertanya, “Ha, kenapa eh?”
Dua, hook nombor. “3 kesilapan yang buat content tak menjadi.” Otak manusia suka nombor. Nampak sahaja angka, dia nak tahu apa item dalam list itu.
Tiga, hook kontroversi. Cakap perkara yang ramai tak setuju, tapi tuan ada hujah. “Follower banyak tak bermakna jualan banyak.” Orang akan baca untuk tahu kenapa tuan kata begitu.
Empat, hook cerita. “Tahun 2019, saya kena tipu RM5,000 sebab silap pilih agensi marketing.” Cerita peribadi tarik perhatian terus.
Lima, hook hasil. “Cara saya dapat 500 follower dalam 3 hari.” Orang nak tahu rahsia. Bagi sahaja secara percuma.
Cuba uji satu hook setiap hari. Tengok mana yang paling banyak engagement. Dari situ kita nampak patern apa pembaca suka.
Terus buat.
Jangan berhenti berbuat.
Tak jadi, buat lagi.
Terus usaha sampai kita jumpa mana yang sesuai dengan audien kita.
Konten sangat dinamik.
Kita kena cuba dan jaya.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Dapat sesuatu?
