Pun Akan Mati Juga Nanti

Anak-anak bermain bola. Bola disepak keluar ke parit, berusaha ambil, jatuh, dibawa air. Meninggal dunia.

Alin keluar dari rumah untuk ambil gambar pre-konvo, perjalanan pulang dihentam kereta sedang berlumba. Meninggal dunia.

Seorang pakcik keluar dari rumah untuk menoreh getah, tak pulang 2 hari. Isteri, anak-anak mencari. Rupanya terjatuh dan meninggal dunia di sebuah sungai.

Seorang anak pulang ke kampung berjumpa ibu bapa di hujung minggu, semasa kembali ke Kuala Lumpur, sakit dada, berhenti di tepi jalan, tahu-tahu, meninggal dunia.

Beberapa minggu lalu, di hadapan mata sendiri ada lelaki tiba-tiba tunduk seperti rukuk. Lalu rebahkan diri kepada duduk, dibawa ke hospital, pagi esoknya saya baca di socmed, dia meninggal dunia.

Mati dekat amat dengan kita. Kita tak pernah tahu. Ada aja di mana-mana. Semua alasan di atas adalah perkara tak wajar untuk bertemu mati, logik akal kita iya tak boleh. Sungguh, ia tak boleh. Namun, Allah nak jemput, Allah boleh. Hanya Allah ada kuasa.

Berkuasa,

Cantik,

Hebat,

Ditindas,

Lemah,

Hodoh,

Semua tetap mati.

Semua.

Tak ada yang tertinggal.

Sungguhlah bersedia untuk mati adalah segala-galanya. Setiap detik, ia mengetuk pintu rumah kita. Kita aja tak tahu bila, bagaimana dan di mana.

Apabila pintunya sudah diketuk,

Sedia atau tidak,

Ia kekal ada, datang dan memeluk.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,

Pun akan mati juga nanti. Semoga sempat selesaikan semua hutang sebelum dijemput. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *