Kita Tentukan Kita Nak Jadi Apa Apabila Ujian Datang
Raya ini raya kali pertama dapat soalan berulang “macam mana saya lantakkan apa orang kata?” Jawapan saya “kalau kita boleh jawab, kita juga boleh diam. Kalau kita boleh diam, kita juga boleh lantakkan. Jadi lantakkan jelah. Selagi tak berlanggar hukum agama kita, takpa, lantak jelah.” Kawan-kawan tau tak, Emak saya India. Abah saya melayu Kami…
Berkatnya Rezeki Emak Abah Kita
Tadi saya teman emak masak ketam. Buat masak lemak. Saya tengok emak letak santan kemudian emak letak air dalam kotak tersebut dan bilas. Kau tengok macam mana orang dulu-dulu masak, sikit pun tak membazir. Semua diambil betul-betul. Setitik pun dikira. Dah beli, guna semua. Itulah berkatnya kan rezeki emak abah kita. Bukan macam kita, tempah…
Emak Menjerit
Itu hari dekat surau, anak kucing menjerit-jerit cari emaknya. Saya nampak ada seekor kucing tua bertenang ja, jadi saya angkat anak kucing tersebut letak dekat kucing tua itu, sekali kena penampar. Bukan emaknya. Pakcik pakcik tengok je saya krik krik krik dekat situ. Ini sekali lagi, anak kucing menjerit. Saya pun angkat dan carilah emaknya.…
Haram Ada Babi
Kami balik dari Mentakab baru-baru ini semua tak sihat. Saya dulu demam, malamnya menggigil. Kemudian anakanda sulong, lalu si kecil Abdullah. Hari ini isteri saya pula. Rupanya di Mentakab pun sama, emak, abah, anak-anak saudara, adik beradik semua kena demam juga. Tak tahu virus apakah yang melanda. Jadi mengikut teori konspirasi saya, kalau kita demam…
Ada Yang Tanya Penat Ke Tak
“Abah, ni nak terbang semula dah ni.” “Eh kan baru sampai pagi tadi.” “Ha ah, dah kena kerja, kenalah pergi.” “Elok-eloklah.” Setiap kali sebelum terbang mengembara, adalah sekali dua terlepas telefon emak abah. Itupun sebenarnya sebab dah lewat malam sangat. Saya jenis tak kasi tahu awal. Diam-diam aja, sampai dah nak terbang baru kasitau. Semalam,…
Tak Semua Orang Jahat, Tak Semua Juga Orang Baik
Tengah hari tadi berkejar ke pejabat pos. Panas bedenting memecut siput gondang di jalan raya. Masuk sahaja ke dalam perut pejabat pos, saya mengambil borang pos laju dan terus menulis nama dan alamat penerima serta pengirim. Kemudian, terus ambil nombor. Allah, ada lagi enam orang. Saya berjalan lemah dan berdiri di bahagian belakang. Kedengaran dua…
Bapak Tanya Kau Apa Khabar
Ya kau lagi pandai. Sudah 3 tahun di Universiti, tidak tambah 5 tahun di sekolah menengah, 6 tahun sekolah rendah. Kamu berjaya setiap peperiksaan. Kau hebat. Kaulah punya pengalaman hebat, di universiti kau diangkat-angkat, Kau punya kawan-kawan yang mantap, melekat bagai belangkas ke sana sini. Bila balik, kau lupa makan, Emak tunggu engkau dari pagi…
Sifir Mudah Tuhan dalam Hal-Hal Rezeki
Jika kalian perasan, mana-mana individu yang punya pengikut di laman sosial merupakan mereka yang ketengahkan minat dan bakatnya berbanding kehidupan peribadinya. Untuk mendapatkan pengaruh, kalian tulis apa yang kalian suka dengan syarat ia ditulis dengan pecahan 95% sebagai perkara umum (ilmu) dan 5% sebagai pendapat dalam kehidupan kalian. Contoh, saya tulis resipi yang mana 95%…
Baru Belajar Hidup Dunia Nyata
Saat kita baru sahaja berkahwin, berbagai rasa keseronokan yang kita alami. Kita juga turut berkongsi keseronokan itu kepada kawan-kawan, keluarga dan saudara mara. Mereka juga turut berkongsi keindahan pertukaran dunia bujang kepada dunia perkahwinan ke merata-rata. Semua seronok dan berbahagia. Tetapi nilai seronok itu bukan semuanya boleh dikongsi semua orang. Ada antaranya hanya suami dan…
Orang Yang Bahagia
Dulu saya ada perangai sama ja dengan kalian. Orang yang saya tak suka, saya unfriend, pasti saya nak tengok semula wallnya. Manalah tahu kot dia ada kutuk saya. Hahaha. Namun selepas pulang dari Lubnan, Syria dan Turki pada januari lalu, saya ubah semuanya. Ada sesuatu yang berlaku buat saya berfikir panjang. Jangan tanya apa dia.…









