Sungguh, Peluang Datang Sekali Aja
Tahun 2016 saya ke Dubai. Mencari peluang. Waktu itu saya pergi kerana dijemput seseorang untuk saya bantu beliau. Orang Malaysia juga. Hangpa kena tahu ada ramai warga Malaysia yang kaya raya di sana. Tahun itu, Dubai berada dalam 10 tahun ke belakang dari segi bermain media sosial. Sangat perlahan. Maka ramai ambil peluang untuk jana…
Sup Tulang Idaman
Kita mulakan hari ini dengan sup tulang yang diminta oleh abah saya. Ikutkan tak ada dalam menu tapi sebab beliau nak, siap sebut “inilah idaman nak berbuka” okeh, kita cari. Tulang jumpa. Tapi masa beratur, lagi 7 minit nak sejam. Punyalah lama. Haha. Demi nak siapkan sup tulang idaman, berdiri juga kawal kehenseman. Okeh jom.…
Kisah Orang Menang
Hari itu jam tujuh pagi saya sudah memecut menghala ke Kuala Lumpur, dari rumah melalui beberapa bulatan, kemudian beberapa lampu isyarat antara perkara yang saya tidak seronok. Sudah masuk dan menyelusuri kelebaran lebuh raya barulah ada rasa kacak dengan siput gondang ini. Hari itu saya memecut dengan 120km sejam, al-maklum ada sebuah one two five…
Suamimu Paling Sweet
Orang rumah aku ini anak dato. Namun dalam ramai-ramai adik beradik dia, dia yang paling tak pandai bergaya. Shopping apalah lagi. Jenis ringkas sangat-sangat. Emak dia sampai bising-bising ke dia sebab pergi kerja selalu pakai baju sama. Beg tangan dia RM90. Kasut dia pula jenama Aerosoft dari Thailand, kalau convert, RM19.90. Haha. Aku selalu main-main,…
Aglio Spirali Ayam
Pagi ini kita cuba sarapan orang Eropah kononnya. Haha. Macam sedap. Kita buatlah. Okeh bertambah alhamdulillah. Haha. Aglio Spirali Ayam. Bahan-bahannya: 3 cawan spirali, 1 biji bawang besar Holland 5 biji bawang putih 1 keping dada ayam 10-15 biji tomato ceri 1/2 biji capsicum hijau. 3-5 biji cendawan butang. 3 sudu besar keju parmesan. 1…
Eats Semenyih
Kami pi makan di Eats Semenyih gaisss! Benda power di sini ialah tukang masaknya pernah berkhidmat di sebuah restoran terkemuka dunia selama lebih 25 tahun. Jadi mereka buka restoran ini pula. Masakan superb. Saya tak nak overclaim, makanannya memang terbaik. Dimasak dengan cara tersendiri namun mengekalkan elemen western yang betul dan bagus. Malah siap ada…
Bebola Daging Berkrim
Antara kegemaran anak saya. Nak buatnya renyah juga. Tapi anak minta, buat aja. Seronok tengok depa makan. Alhamdulillah. Nak makan dengan roti boleh, makan gitu je boleh, nak makan dengan pasta, spageti semua boleh. Ok jom. Bebola Daging Berkrim. Bahan bebola daging 1 pek daging cincang 400gm 1 cekak daun ketumbar 3 sudu besar puri…
Semoga Semuanya Belajar
“Tuan, kalau susah sangat nak mengadap cikgu, saya tak boleh kata apa. Saya dah ramai dah jumpa orang beralasan ni, memang situ ajalah hidup dia tak berubah. “Tuan jangan begitu, saya merayu datanglah ke sini. Saya bukan beri alasan. Saya boleh bayar tuan datang, duit minyak pun boleh ja saya kasi. Saya just nak belajar…
Yang Paling Jaga Pemanduan Adalah Dari Kenderaan Mewah
Semalam tengah hari begitu, saya masuk Plaza Tol Bangi, kemudian menuju ke Coffee Bean (sebelah Hospital Pakar Annur). Saya lalui bulatan dan kemudian beri isyarat ke kiri. Perlahan saya masuk ke simpang. Sudah masuk, sekali lagi, saya beri isyarat ke kiri untuk masuk ke bangunan Bangi Plaza. Nak letak kereta di situ. Tiba-tiba tak semena-mena…
Tuhan Juga Akan Beri Redha
Selamat sampai rumah. Dalam perjalanan balik tadi terserempak dengan seorang abang yang sedang menolak motornya. Jam sudah 11 lebih. Kasihan pula, saya pun patah balik dan bertanyakan apa masalah. Oh abang Pakistan. Saleem namanya. Minyak habis. Saya beri pertolongan dengan menolak motor guna kaki. Oleh kerana saya pakai skuter, jadinya nak menolak tu tak berapa…









