Hidup ini beginilah. Dahulu saya pernah membencikan seorang ini. Jika secara kebetulan solat disebelahnya, pasti saya bangun untuk solat semula. Bacaan serba tak kena, marah bercampur-campur dengan gelisah tak sudah.

Hinggakan jika berlaku lagi, saya mengelak untuk solat disebelahnya. Sebegitu sekali kuasa benci. (Moga Allah menerima taubat dan mengampuni dosa saya).

Sudah lama tak ambil tahu. Tiba-tiba hari ini dapat dengar berita begitu begini. Dan buat pertama kalinya mahu dengar hingga habis.

Dan tiba-tiba juga hati terbuka menerima nasihat. Kata seorang kawan ni, hidup begitulah. Banyak kejadian yang tidak disangka, yang sayang jadi benci, yang benci boleh berkahwin dan bahagia. Bagai-bagai.

Apapun. Semuanya sudah selesai. Sesekali terima khabar seronok juga, terutama bahagian mereka juga bahagia seperti mana kita bahagia. Alhamdulillah.

Cukup. Teruskan hidup.

Cari redha Tuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *