Category

Bebas

Tugas Kita Berusaha Saja

Saya antara yang pernah ikut hantar bantuan kemanusiaan di Aceh, Lombok, Ayuthaya, dalam Malaysia kerap amat terutama bantuan banjir, juga pernah ikuti penghantaran bantuan pada ramadan, bulan korban dan musim sejuk ke Syria, kem-kem pelarian di hujung Turki juga Lubnan. Pernah juga ikuti geng buat korban dan hantar bantuan di Sudan. Jujur saya cakap, setiap…

Terima Kasih Tun M

Manusia hebat di sebelah saya inilah yang membantu Iran 38 tahun lalu. Kemudiannya kini Iran membalas jasa tersebut dengan membenarkan negara kita yang amat kita cintai ini melepasi Selat Hormuz tanpa apa-apa kekacauan dan kegusaran. Alhamdulillah. Malaysia sentiasa ada nama besar dalam membahagiakan hubungan baik antara negara. Terima kasih Tun M. Mekar sentiasa di mana-mana.

Sesi Temuduga

Tadi ada sesi temuduga saya buat. Saya bukan jenis tanya benda teknikal. Saya tanya khabar, emak ayah sihat ke dak, bila nak kahwin, ada plan sambung belajar ke tak. Anak ke berapa, emak ayah kerja ke tak, kampung kat mana, biasa raya balik mana hahaha. Minat apa, sukan apa, Biasa time boring buat apa, Gitulah…

Kembali Ada Pejabat

Tengok balik semua susun atur iniha. Macam tak percaya kembali ada pejabat. Walau kena scam, alhamdulillah pelan-pelan cari duit balik, buat balik satu demi satu. Dah makin siap dan hari ini bermula ada pelawat. Jangan pelik nampak pendek, saya duk kat lantai sebenornya. Haha Nak susun mesyuarat dengan geng yang taja kami secara timbal balik,…

KLezcar.com

Dulu saya ingatkan bisnes ini milik orang luar negara. Ataupun semestinya yang bina sistem begini pastinya bukan orang kita. Sekali dapat berkenalan dengan owner, orang Kelantan rupanya! Ore KB! Haha. Tahniah KLezcar.com! Power! Nak sewa kereta, ha ke situ aja. Seluruh negara depa pegang!

Keedsflix

Subuh tadi lagi saya duklah berzikir panjang, baca doa robbi syrohli sadri, doa Allah hummaftah alaina, semua doa saya baca. Bergerak dari Bangi, terkumat kami saya baca doa, baca ayat kursi, baca al-fatihan, istighfar, selawat semua saya baca. Saya punya nervous memuncak teruk. Sepanjang saya tumbang, ini kali pertama naik pentas semula dengan kapasiti ratusan…

Pun Akan Mati Juga Nanti

Anak-anak bermain bola. Bola disepak keluar ke parit, berusaha ambil, jatuh, dibawa air. Meninggal dunia. Alin keluar dari rumah untuk ambil gambar pre-konvo, perjalanan pulang dihentam kereta sedang berlumba. Meninggal dunia. Seorang pakcik keluar dari rumah untuk menoreh getah, tak pulang 2 hari. Isteri, anak-anak mencari. Rupanya terjatuh dan meninggal dunia di sebuah sungai. Seorang…

Kellies Castle Perak

Hangpa tahu ka Kellie’s Castle, Batu Gajah Perak sekarang dah buka sampai 10 malam? Lain weh getaran pergi waktu malam. Bukan bab seram, bab memahami begitu rupanya sebuah rumah agam yang dibina dengan batu-batu tebal. Lain macam sejuknya. Patut orang kata seram. Sejuk dan seram ini suka nau bersatu. Kami pi beberapa kali dah, ini…

Pemergian Almarhum Alin

Akhirnya ada jenazah dibaringkan di ruang tamu rumah emak. Banyak kali kami bersembang tentang ini, kami sekeluarga, anak-anak emak abah belum diuji lagi dengan kematian sesama kami. Kami sentiasa sebut siapalah yang akan jadi pertama dan kami semua tak tahu bersedia atau tak. Ya Rabb. Sering aja ia menjadi ketakutan. Selalu aja apabila disebut, ia…

Yang Paling Jaga Pemanduan Adalah Dari Kenderaan Mewah

Semalam tengah hari begitu, saya masuk Plaza Tol Bangi, kemudian menuju ke Coffee Bean (sebelah Hospital Pakar Annur). Saya lalui bulatan dan kemudian beri isyarat ke kiri. Perlahan saya masuk ke simpang. Sudah masuk, sekali lagi, saya beri isyarat ke kiri untuk masuk ke bangunan Bangi Plaza. Nak letak kereta di situ. Tiba-tiba tak semena-mena…