Headline Lemah, Isi Pun Mati
Headline itu pintu rumah konten kau. Pintu rosak, tetamu tak masuk. Walau dalam rumah ada kenduri. Contoh silap:Perkongsian tentang bisnes online untuk semua. Ini terlalu umum, tak ada hook, tak ada janji, tak ada bukti, tak ada story. Audien scroll terus tak berhenti. Headline ini macam jemput orang masuk rumah, tapi pintu tak buka. Contoh…
Penutup Konten
Banyak konten bagus, tapi penutup hambar. Macam masak rendang semua bahan ada, last-last lupa garam. Contoh silap:Ok, itu sahaja perkongsian saya hari ini. Selamat mencuba semua. Buat penutup ala template. Audien tutup phone, lupa kau dalam 3 saat. Tiada arahan, tiada sambungan. Contoh betul:Kalau kau orang ada cara sendiri yang dah terbukti, drop dalam komen.…
Cerita Kita Itu Modal Kita
Konten paling berkuasa ialah konten yang hanya kau seorang boleh tulis. Bukan copy paste dari mana-mana. Ia adalah konten pengalaman. Very powerful. Kau seorang sahaja ada pengalaman itu. Contoh silap:5 tips untuk produktif: 1) Bangun awal 2) Buat senarai 3) Fokus satu kerja 4) Elak sosial media 5) Tidur cukup. tips ini dah ada di…
Kena Ada Impak
Konten kena tinggalkan sesuatu untuk pembaca. Kalau habis baca dan audien dapat zero, itu konten beku. Contoh silap:Penat ya hari ni. Banyak kerja. Esok pun sama. Huhu. audien dapat apa? Tak ada. Hanya tahu kau penat. Kau tak rugi pun, tapi audien rugi 5 saat hidup mereka. Contoh betul:Penat ya hari ni handle 3 client…
Konten Spesifik itu Kuat
Konten umum itu jatuh dalan kategori konten lemah. Konten spesifik itu kuat. Audien percaya pada angka, nama, tarikh (sebagai contoh). Contoh silap:Saya banyak naik berat badan kebelakangan ni. Stress. berapa banyak? Bila? Sebab apa? Audien tergantung. Tak boleh respond, tak boleh empati, sebab tak ada pegangan. Contoh betul:Saya naik 4kg dalam 30 hari. Punca utama:…
Tulis Macam Cakap
Konten tulis itu bukan sekadar betul ejaan dan tatabahasa. Ia kena rasa dekat dengan pembaca, macam kawan tegur kawan. Contoh silap: Marilah kita bersama-sama menyelami pelbagai dimensi keistimewaan produk yang sememangnya luar biasa ini. bahasa terlalu kaku, macam karangan peperiksaan. Audien media sosial akan skrol terus, sebab rasa tak ada nyawa dalam ayat itu. Contoh…
Doakan Ya
Selepas kelas malam tadi dengan peserta Group Coaching, sambung pula Zoom Meeting dengan sebuah syarikat idaman dari UK. Mereka di UK. Beza juga waktu, sana siang kita malammmm. Saya dapat join meeting pun dah happy sangat dah. Terus siapkan kertas kerja dan paling best ada officer depa yang tengok dulu sebelum submission. Officer itu akan…
Jangan Sesekali Berputus Asa dengan Anak Sendiri
“Khairul ada berapa orang anak, sorrylah aunty dah tak tengok fb sangat, so stress” “2 orang aunty. Alhamdulillah.” “Aunty itulah seorang aja. Apapun, itulah anak aunty, apa saja pun, aunty nak dia macam tu macam ni, tapi dia jadi macam tu, aunty tetap kena ada untuk dia, kalau tak, lagi tak tau apa akan jadi.”…
Dulu
Sekitar 15 tahun lalu, media sosial masuk ke ruangan hidup kita. Telefon bimbit jadi alat paling rapat dengan kita. Sangat rapat, akrab, tak tertinggal sesaat pun. Jika dulu, boleh tinggal telefon masa nak solat. Sekarang sedang solat boleh berhenti sekejap semata nak tengok notifikasi. Katanya urgent. Dulu, sangat sukar nak telefon emak abah, beratur di…
Lawan Habis-habisan!
Buat kawan-kawan bukan muslim, Al-Quran merupakan kitab suci kami. Kami sentiasa letak kedudukannya di atas. Malah jika sebaris buku, ia tak ditindan, ia paling atas. Untuk baca, ia mesti dalam keadaan kami bersih dan suci. Kemudian selepas selesai, akan kami peluk dan cium. Kami sangat sayangi. Malah walau ada antara kami masih belum tahu membaca…








